Melepaskan Gadaian atau Deed of Receipt & reassignment (DRR) adalah proses melepaskan hartanah anda daripada pegangan Bank selepas anda menyelesaikan pinjaman dengan pihak Bank. Pihak Bank akan melantik panel peguam atau menasihati anda untuk melantik peguam meneruskan proses ini yang akan memudahkan anda.
Melepaskan Gadaian
untuk hartanah di bawah Individual/Strata Title
mengambil 3-6 bulan untuk Geran Baru dikeluarkan oleh Pejabat Tanah
Dokumen yang diperlukan:
1) Settlement Receipt
2) Salinan SPA (Perjanjian Jual Beli)
3) Cukai Tanah & Harta tahun semasa yang telah dibayar
Deed of Receipt & Reassignment (DRR)
untuk hartanah di bawah Master Title (Hakmilik Induk)
mengambil 3 bulan
Dokumen yang diperlukan:
1) Settlement Receipt
2) Salinan SPA (Perjanjian Jual Beli)
3) Cukai Tanah & Harta tahun semasa yang telah dibayar
4) Statement of Account/Sinking Funds (sekiranya ada)
Yuran Guaman
RM400-RM1000 mengikut pihak Peguam yang dilantik
PROSES
Pihak Peguam akan menguruskan masa untuk anda menandatangani beberapa dokumen dan anda perlu menyediakan dokumen seperti diatas
Pihak Bank akan menandatangani Borang 16N (Melepaskan Gadaian) atau Deed of Receipt & Reassignment (DRR) yang dihantar oleh pihak peguam
Geran akan dikeluarkan oleh Pejabat Tanah bagi Hakmilik Individu atau Strata dalam 14-90 hari bekerja manakala Hakmilik Induk, Pihak Pengurusan atau Pemaju akan membuat pengesahan bahawa Hartanah tersebut telah menjadi milik anda sepenuhnya