Lim Chambers (“Firma”) adalah komited terhadap perlindungan Data Peribadi anda di dalam dan di luar Malaysia. Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis”) menerangkan tentang pengumpulan, pemprosesan dan pendedahan Data Peribadi anda menurut Akta Perlindungan Peribadi 2010 (“Akta”).
Dengan melawat laman web kami atau berinteraksi dengan kami atau dengan memberikan data peribadi kepada kami, anda dianggap sebagai telah membaca dan membenarkan kami menggunakan, mengumpul dan memproses data peribadi anda dalam cara yang diperihalkan dalam Notis ini.
Sila ambil perhatian bahawa Firma berhak untuk menukar, meminda dan/atau mengubah Notis ini pada bila-bila masa. Anda dinasihati untuk memeriksa Notis ini daripada laman web kami dari semasa ke semasa untuk pindaan atau apa-apa kemaskini. Dengan meneruskan komunikasi dengan Firma, anda mengakui bahawa anda telah menerima pindaan dan apaapa kemaskini tersebut.
bahawa anda membekalkan data peribadi Pihak Ketiga kepada Firma dan telah mendapatkan kebenaran Pihak Ketiga tersebut.
Data Peribadi yang dikumpulkan oleh Firma boleh digunakan untuk, tetapi tidak terhad kepada tujuan-tujuan seperti berikut:-
Notis: Sila hubungi 016-7848686 (Mr.Lim) jika anda tidak membenarkan Firma memproses Data Peribadi anda atau Data Peribadi mana-mana orang yang mungkin dikenalpasti daripada Data Peribadi yang diberikan kepada Firma untuk sebarang tujuan-tujuan yang disenaraikan.
Jika anda tidak mahu kami menggunakan data peribadi anda untuk menghantar penerbitan dan informasi berkenaan perkhidmatan Lim Chambers kepada anda, sila hantar e-mel kepada kami di mail@limchambers.com atau tekan pautan untuk menghentikan langganan di bahagian bawah e-mel-e-mel kami.
Jika anda tidak memaklumkan kami atau tidak menghentikan langganan, kami akan menganggap bahawa anda telah memberikan persetujuan secara tersirat bagi kami menggunakan data peribadi anda seperti yang diperihalkan di atas.
Jika dan apabila perlu, Data Peribadi kamu boleh didedahkan kepada pihakpihak ketiga seperti berikut: –
Firma mempunyai server data utama (main data server) di Malaysia. Sekiranya Data Peribadi anda dipindahkan ke suatu tempat di luar Malaysia, Firma memastikan bahawa perlindungan kerahsiaan telah pun disediakan bagi memastikan hak anda kepada perlindungan data peribadi tidak terjejas. Dimana kami menganggap bahawa adalah perlu atau sesuai untuk tujuan-tujuan penyimpanan atau pemprosesan atau pemberian sebarang perkhidmatan atau penghantaran bagi pihak kami kepada anda, kami boleh memindahkan Data Peribadi kepada suatu penyedia perkhidmatan atau pembekal produk pihak ketiga di dalam atau di luar negara dimana kami ditubuhkan, di bawah syaratsyarat kerahsiaan dengan tahap perlindungan keselamatan yang serupa.
Mana-mana Data Peribadi tidak boleh disimpan lebih lama daripada yang diperlukan untuk memenuhi Tujuan-tujuan yang disebutkan dalam Notis ini. Semua Data Peribadi dimusnahkan atau dipadamkan secara kekal jika ianya tidak lagi diperlukan untuk Tujuan-tujuan Data Peribadi itu diproses.
Lim Chambers merizabkan hak untuk mengubah Notis ini dari semasa ke semasa. Versi terkini akan sentiasa boleh didapati di laman web kami. Kali terakhir Notis Perlindungan Data Peribadi ini dikemaskinikan adalah pada 25 Mac, 2020.
Sila menghubungi kami jiaka anda mempunyai sebarang pertanyaan, aduan atau permintaan lanjut.
Suite 33-01-53, 33rd Floor, Menara Keck Seng, 203, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
19A,Jalan Sutera Tanjung 8/2, Sutera Utama Biz Centre, Taman Sutera Utama,81300 Johor Bahru, Malaysia.