Membeli rumah sewaktu PKP?

Berbaloi ke membeli rumah sewaktu atau selepas PKP?

Anda ingin membeli rumah tetapi anda risau dengan situasi sekarang? Ramai yang membuat keputusan untuk meneruskan cita-cita tersebut kerana ianya mempunyai banyak kebaikan untuk para pembeli.

Antara sebab-sebab anda berbaloi membeli rumah sewaktu atau selepas PKP

Interest Murah

Rate Interest pinjaman menurun kerana OPR telah turun hingga ke 2.5%. Anda boleh memohon jumlah pinjaman lebih dari jumlah jangkaan permohonan pinjaman anda.

Nisbah Keperluan Berkanun (SRR)

Apa itu Nisbah Keperluan Berkanun atau SRR dalam bahasa singkatnya? Ianya adalah salah satu cara atau instrumen yang diguna pakai oleh pihak BNM dalam mengurus kecairan dalam sistem perbankan. Sekiranya SRR mempunyai penurunan, maka pihak Bank mempunyai lebihan dana untuk diberi pinjam.

Offer dari Penjual/Pemaju

Kebanyakan Penjual atau Pemaju mengambil peluang ini dengan menawarkan pakej-pakej yang menarik untuk menarik anda membeli rumah atau hartanah.

Pinjaman Mudah Lepas

Oleh kerana Interest Murah dan SRR menurun, besar kemungkinan permohonan pinjaman anda lebih mudah untuk diterima pihak bank.

Sekiranya anda sudah lama mencari rumah, mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk anda meneruskan impian tersebut. Anda boleh rujuk di Bank yang berhampiran dengan anda atau anda boleh menghubungi kami untuk mendapatkan konsultasi secara percuma.

SHARE THIS POST
Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *